Friday, December 2, 2011

Kenapa Ramai Orang Guna Android

Perbahasan paling hangat di kalangan aku dan kawan-kawan aku kadang-kadang pelik jugak. Contohnya ramai orang yang memilih Android berbanding Symbian. Symbian adalah OS yang bakal tamat riwayatnya. Kenapa aku masih menggunakan Symbian OS dan tak ikut orang pakai Android. Orang kerajaan ramai dah bertukar menggunakan Android kerana lebih mudah. Symbian adalah company Israel dan macam-macam lagi.


Tapi, aku masih teguh dan tidak segan silu menggunakan Symbian dan masih tertunggu-tunggu OS Symbian Belle, Carla dan Donna (Ye, aku lupa apa nama version selepas Belle). Tapi, kita lupakan sekejap pasal Symbian. Ini adalah entry pertama aku mengenai Android Operating System (Sistem Pengoperasian cakap orang Melayu).


Berikut merupakan PENDAPAT AKU Kenapa ramai orang pakai android?

1. Android sama je macam k-pop, rock kapak, indie band dan apa² yang boleh memberi influence. Orang dengar lagu indie band, orang kata indie band sedap. Tapi jangan pulak ko kutuk indie band, kalau ko kutuk jugak, maka komuniti indie band akan membenci ko macam indie band adalah band yang maksum dari melakukan dosa-dosa besar atau kecil.

2. Android adalah open source. Siapa sahaja yang ada modal untuk menyediakan perkakasan nya boleh lah membina sebuah phone/tablet android. bukan macam Symbian, setakat yang aku tau, Hanya Sony-ericson dan samsung selain nokia pernah buat OS berasaskan Symbian OS. Kalau android pulak, dah nama pon free, maka, banyaklah tablet/handphone termasuklah syarikat dari China yang mengeluarkan tablet/phone dengan Android OS. 

3. Ada berjuta-juta app free atau berbayar dalam android market. Kalau dah OS free, apatah lagi SDK-nya. Download SDK, belajar skit macamana nak pakai, buat simple app, publish. Jangan terperanjat dengan app yang akan ko jumpa dalam market tu.

4. UX yang indah dan menawan berbanding OS lama terutama Symbian. Ini memang tak dapat di nafikan. UX Android OS memang cun. Tambahan pulak kalau processor 1.2GHz, 512Mb Ram, perrghh, tak cukup tanah Nokia E7 aku nak kejornye. Tapi, jangan pulak di lupakan. With such great power, come great respopnsibility. Kadang-kadang, bila kita tengok kuasa processor dan ram, kita lupa tengok sesuatu yang lebih penting. Kuasa bateri nya. Macam Andoid yang aku tengah pakai nih, batteri nya cuma boleh bertahan selama 5 jam dengan penggunaan wifi penuh. Tanpa wifi, tablet ini tidaklah berguna sangat. Baik lagi csl m1700 (juga Android) yang boleh guna broadband simcard tu.

5. Fizikal keyboard, tahat was so 90's lah. Now zaman touch screen. Eh kejap, was it? Ini aku selalu cakap kat kawan² aku sebab musabab aku beli E7 dan bukan peranti android. Aku nak ada keyboard, dan kebanyakan kawan² aku akan bagi response macam point nih. Dan aku bgtau, aku akan guna android bila android ada fizikal keyboard. Now I have one. Walaupun bukan aku punya, bapak aku punya, tapi dapa pinjam kejap jadi lah. Kata orang nak komen pasal android, kenalah pakai dulu ye tak? So, setelah aku menggunakan android walau tak seberapa nih, bagi aku untuk aku tulis blog ni ok lah. Lagi pon, RM700 untuk tablet nih, sekaliganda lagi murah berbanding Nokia E7 aku tu. Kira boleh lah nak pakai.


Itulah PENDAPAT AKU kenapa ramai orang pakai android OS. Nani ada masa, insyaAllah aku nak try review OS lain plak. Kalau korang banyak duit nak sponsor aku beli OS lain untuk aku try dan review pon di persilakan. :)


Alang-alang aku dah cerita pasal Android, meh kita tengok serba sedikit apa spesifikasi android yang aku tengah pakai la nie:


Nama: Dezibel Plano

Processor: Telechip Cortex A8 1.2Ghz

Saiz: 7" capacitive touchscreen. Foc keyboard casing.

Web Browsing: Dilengkapi dengan Flash player dan HTML5. Belakang kotak siap tulis you can browse without limitiations.

Lain²:

Responsive gaming, Benda ni datang dengan Indipendent 3D graphic accelerator.

Documents to go comes preloaded free.

HDMI port ready full hd viewing at 1080p HDMI dan ada usb 2.3(typo ke memang ada nih?) port for fast connectivity.


Published with Blogger-droid v2.0.1

No comments: