Friday, August 5, 2011

Cerpen #1: Samad Air Buah

Hari itu sangat nyaman. Tak macam biasa, Ramadhan kali ni agak suam-suam kuku. Berdasarkan perkiraan Samad, Ramadhan kali ini adalah waktu yang sesuai untuknya memulakan sesuatu yang baru. Iya, kali ini dia akan memulakan tugas sebagai penjual air. Duit jualan itu akan di masukkan dalam simpanan untuk meminang Nora nanti.

Air tebu memang menjadi pilihan ramai. Cuaca pada tengahari itu tidak menampakkan tanda-tanda akan hujan. Pesan guru agar tidak ponteng puasa tersemat kemas dalam hatinya. Selama 27 tahun umurnya, kali ini dia berazam untuk berubah dan cuba puasa penuh. Kali ini dia nekad. Tahun depan dia akan berkahwin. Dia malu dengan Nora kalau dia tak dapat berpuasa penuh tahun ini.

Pukul 1 tengahari. Dia sudah siap mendapatkan bekalan tebu dan tembikai dari pembekalnya. Pukul 2 nanti boleh lah mulakan aktiviti kata Samad dalam hati. Sementara menunggu, Samad membaca. Di sebalik wajah garang, Samad juga ada hobi aneh membaca novel cinta untuk mengisi masa lapang beliau.

Samad baring  sambil meneruskan pembacaan. Cerita Cinta Musim Salju itu amat menyentuh hati. Sedikit demi sedikit, jiwanya ikut serta melakonkan watak dalam novel itu. Samad membayangkan sedang bergelut untuk menyelamatkan Nora, perlakuan Kamil lelaki ketiga dalam hubungan Samad dan Nora, amat menjengkelkan. Samad menumbuk rusuk kanan Kamil. kamil mengelak. samad mengah. Nyata dia memerlukan lebih stamina. Bertumbuk di bulan puasa bukan perkara yang mudah. Tiba-tiba samad teringat, dia ada membawa bom.

Tit, tit, tit Boom!

Samad, terjaga dari lena. Cepat dia melihat jam di tangan! Sudah pukul 7.30 malam. Wajah orang yang menunggu di hadapan gerai kian pudar. Wajah Nora masam mencuka menunggu untuk berbuka di gerai burger bawah pokok menjelma. Yang paing gembira Kamil penjual air berhadapan kedai Samad. Hari ini air jualan Kamil habis semua. Tembikai dan tebu Samad bertepuk tangan tanda terselamat hari itu. Dan bilal melaungkan Azan tanda masuknya waktu berbuka.

No comments: