Wednesday, June 8, 2011

Pengembaraan Kapten Razak Punai

Kapten Razak Punai mengendali kapal nya dengan tenang. Barisan anak kapal yang seramai 20 orang dulu kini hanya tinggal 6. Yang lain telah selamat menjadi hidangan puak kanibal di kepulauan Galah Panjang tadi. Bertemankan monyet setia bernama Razak dan orang yang paling di percayai encik Gibon itu sudah memadai. Kapal Mutiara Hitam bukan calang-calang. Hanya 6 orang di perlukan untuk menggerakkannya.
Encik Gibon bertanya kepada Kapten Razak Punai mengenai arah tujuan kapal itu. Pengalaman berjumpa dengan kanibal bukanlah pengalaman yang di cari semasa menawarkan diri menjadi orang pertama kapal itu dulu. Kapten Razak Punai dengan tenang berkata,
"Kita perlu ke darat. Darat adalah tempat yang selamat buat masa ini".
Encik Gibon mengarahkan anak kapal ke pelabuhan Putaraga. Meskipun Kapten Razak Punai dalam bahaya di pelabuhan tersebut tapi Encik Gibon tahu ada sesuatu yang lebih ditakuti oleh Kapten Razak Punai berada di laut buat waktu sekarang.
Sementara itu di pelabuhan Putaraga berita kehadiran anggota tentera laut menyebabkan kawasan sekitar pelabuhan menjadi lengang. Kapten-kapten kapal yang biasanya menjadikan pelabuhan tersebut sebagai tempat persinggahan lenyap ntah kemana. Nampaknya keadaan ini amat berbahaya kepada Kapten Razak Punai.
Kapal Mutiara Hitam semakin menghampiri pelabuhan Putaraga. Encik Gibon berkata
"Kapten Razak, ada sesuatu yang tak kena di pelabuhan itu, ianya sangat senyap!
Kapten Razak ibarat terlepas mulut harimau, menuju ke mulut naga. Dia perlu berfikir dan dia perlu berfikir pantas!

No comments: