Friday, April 8, 2011

Berita Menggembirakan Dari E

Menggembirakan. Begitulah perkataan yang terpacul dari mulut salah seorang pengguna kawasan parkir awam di sebuah kawasan yang bernama E. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka.
Menurut Mak Munah salah seorang pekerja tetap di sebuah bangunan di E,

"Makcik memang suka bayar parkir. Selama ni makcik tengok hanya pekerja swasta sahaja yang datang kerja dan bayar parking. Sedangkan masa makcik di bangunan G dekat MV parking makcik pun makcik dapat free dalam bangunan lagi. Seret kad kerja makcik, makcik dapat masuk free. Tapi leceh, sebab kad tu lah perakam waktu makcik. Tak boleh makcik nak tipu waktu masuk kerja makcik".
Pak Kamal tersegih gembira ketika cuba mendapatkan token parking kali pertama.

Menurut Pak Kamal pula, Tindakan kerajaan adalah tepat pada masanya. Bersempena dengan hari pencen yang semakin hampir, maknanya Pak Latif dapat merealisasikan impian seumur hidup beliau iaitu berbakti kepada PBT.

"Memang pakcik lamo dah nak bayar parking, iyo lah, selamo ni kito duk menumpang yo kek tompek orang, kampung pakcik nun jauh nun kek Bayai nun, nak balik berbakti pado PBT tunggu lah bilo pakcik dah pencen nanti. Buek maso nih, pakcik cumo bulih buek camni yo lah." Kata Pak Latif sambil tersenyum.

Menurut Pegawai Perhubungan Pelanggan yang di hubungi Puan Xara Fatima di petik sebagai berkata, Beliau agak susah hati terhadap sambutan pengguna terhadap kawasan parking berbayar. Sejak kawasan parking baru dibuat, sambutan terhadap kenderaan awam jatuh merudum. Pemandu bas mengancam akan melakukan mogok bawa bas secara senyap jika pelanggan di dapati semakin berkurangan. Mereka menuntut agar mereka juga membayar parking.

- Tak Bernama.

No comments: