Thursday, February 10, 2011

Cerita Hantu Uni10

Aku kena segera sampai ke bank. Kalau bank tutup, takut tak sempat nak bayar pulak. Tak pasal-pasal kena bayaran tambahan. Aku tangguhkan hasrat untuk melepaskan hajat. Sampai di bank, aku teruskan perjalanan ke mesin menelan wang.

Selesai menunaikan bayaran di bank, aku rasa sangat lapar. Pelik, di kawasan bank yang agak terpencil, masih ada kedai makan yang bukak. Yang lain nampaknya masih ada yang masih dalam proses ubahsuai kedai. Tempat yang aku pergi ni adalah tempat baru. Berdekatan dengan kolej jururawat kajang. Dulunya (tahun 2005) tempat ini adalah taman permainan. Tapi di ratakan mungkin lantaran ramai orang menggunakan taman ini untuk 'main'. Bila lalu sini malam-malam dulu mesti ada kereta parking sedangkan taman ini sangat gelap.

Selesai makan, aku teruskan perjalanan pulang. Tapi, aku kena hantar sayang aku pulang dulu. Rumah dia dekat Putrajaya. Memandangkan aku baru lepas makan, macam biasa aku terus sakit perut. Salah aku jugak sebab mintak makanan pedas tadi. Aku menuju ke Stesen minyak berhampiran Uni10. Aku masuk dalam tandas dengan kaki kiri. Pintu di kunci. Keadaan tandas agak suram. Lampu yang berkelip-kelip menambahkan seram. Seram dan suram adalah satu perasaan yang tidak bagus.

Tiba-tiba aku terhidu bau busuk. Pelik, tak dengar pulak orang masuk tandas sebelah tadi. Aku buat tak tahu meneruskan aktiviti sambil membalas mesej twitter. Akibat busuk tadi, aku nyalakan sebatang rokok. Penyelesaian mudah untuk melindungi hidung dari aroma tinja.

Selesai aktiviti sihat dan setelah 5 minit tiada tindakbalas twitter, aku beristinjak dan bersedia untuk keluar. Mamat toilet sebelah masih senyap. Mungkin tak habis lagi kot. Sekali sekala terdengar dehem kecil. Mungkin terganggu dengan asap rokok. Aku pakai semula seluar dan bersedia untuk keluar. Aku tarik pintu. Aku pusing, aku tarik sekuat hati, namun pintu bagai melawan aku kembali. Peluh dingin mula keluar. Habis aku kali ni.

"Tolong.. Tolong..." aku jerit.Tapi dalam hati saja. Takut ganggu orang sebelah.

Aku cuba lagi untuk pastikan bukan hantu yang buat onar. Tiba-tiba aku perasan, walaupun pintu jenis kunci tekan, tapi atas sikit ada selak! Patut lah susah sangat nak bukak nya! Hahaha! Hilang seram, timbul geli hati aku. Korang yang baca pon terkena!

Ps: masa aku keluar, aku perasan toilet sebelah kosong. Bila masa mamat tu keluar? Tak dengar bunyi orang bukak pintu pon? Bunyi air pon takda tau?
Sent from my Nokia N97

No comments: