Thursday, February 24, 2011

Bila Bunga Di Petik Orang

Bila Cinta Ini,
Tak Lagi Bermakna,
Yang Kurasa Kini,
Hanyalah Nestapa..

Bait-bait lagu "Bila Cinta" nyanyian Filianti Avi berkumandang dari corong radio. Sejak bila pulak Sinar FM pasang lagu bukan lagu retro pulak aku pun tak pasti. Aku sampai di Pekan Nanas lebih kurang pukul 4.30 pagi. Kata Asri, chalet untuk kami memang dah ada. Pak Lah selaku pengapit telefon Asri untuk mintak kunci. Asri cakap, minta pada adik beliau yang berada di bilik chalet.

Tok tok tok!

Pintu di ketuk. Perlahan. Tak mahu ganggu jiran-jiran bilik sebelah-menyebelah. Pintu di buka oleh Azuwan, adik Asri. Dia pegang kunci untuk ke bilik. Pintu bilik kedua di buka.

Dayum!

Dah ada orang lain pulak! Saudara pengantin perempuan merangkap tuan chalet tido situ sebab rumah beliau dah penuh! Lagi pon salah kami sampai lambat! Jadilah "Bila Bunga di petik Orang". Huhuhu.

Memandangkan kami dah takda pilihan, kami terpaksa mencari tempat alternatif untuk kami tidur. Pak Lah cadangkan agar kami tidur di masjid berdekatan. Mudah untuk solat katanya. Aku setuju. Lagipun aku perlukan tempat untuk melepaskan hajat dan membersihkan diri. Perjalanan 400KM bukan jarak yang dekat.

Sampai di Masjid, jemaah belum ramai yang sampai. Kaset mengaji pon belum di pasang lagi. Aku bercadang untuk melelapkan mata sekejap dan PakLah jadi guard sebab aku biarkan tingkap terbukak dan matikan enjin. Mata makin berat, makin berat. Dalam kesamaran pagi aku dapat lihat sekumpulan orang berpakaian putih dari bahagian kiri mungkin menuju ke masjid. Aku biarkan. Dalam 15 minit lagi akan masuk waktu solat fardhu subuh bagi kawasan Johor dan kawasan yang sewaktu dengan nya. Secara Logiknya 15 minit aku belum nyenyak lagi dan masih mampu mendengar azan. Lagipun kami parkir dalam kawasan masjid berhadapan dewan solat utama.

1 minit..

2 minit..

3 minit..

Zzzzzzzzzzzz...

Kami berdua terlelap sebaik orang baju putih terakhir melintasi kereta aku.

"Ameng! Dah kul 7.30 pagi! Bangun! Kita dah terlajak tido nih! Jap lagi aku nak jadi pengapit!"

Pak Lah cemas! Aku bangun terpisat-pisat. Pak Lah ke tandas sebaik sahaja melihat aku bukak mata dan memulakan aktiviti mengeliat. Aku mulakan enjin kereta dan keluar dari kereta untuk meregangkan badan. Aku mengeliat ke kanan.. Hmm segar angin pagi. Aku pusing ke kiri.. Aku kaget melihat pandangan di bahagian kiri. Batu-batu putih tersusun secara simetri. Aku masuk semula dengan perlahan dalam kereta, Pak Lah ni boleh lama pulak. Aku tak boleh lupakan sekumpulan orang berjubah putih di bahagian kiri kereta kami tadi.

PS: malam tu aku dapat mimpi, dalam mimpi aku dapat nombor. 1552. Hahahaha! Sampai ke Johor boleh masuk Mimpi.

Handset Saya Buruk Je.

4 comments:

StingRay said...

Ko dengan makhluk2 ghaib memang tak dapat dipisahkan.

StingRay said...

Oh ye..lupa lak. 26hb ni,lepas magrib datang rumah aku.Ada BBQ.Aku ajak membe2 lain sama.Sms aku untuk alamat rumah.

rr said...

tu nombor kete aku daa...

Unknown said...

Stingray: alamak, 26 nih majlis belah laki plak maa.. adoi.. sorry lah x pat join.. Huhuhu.. lagipon makhluk ghaib tu nanti carik aku kalau x jumpa kat belah Laki2 nih.. :D

rr: Sorry bos, nak letak 5665, sebab dia orang johor, tapi dah mamai terletak 1552 dah plak.. :D