Friday, January 14, 2011

Perlumbaan

Aku macam biasa bawa kereta dengan tenang. Air muka tetap tegas semasa
memandu. Betul, air muka semasa memandu juga mempengaruhi cara
pemanduan. Dua, tiga orang pejalan kaki memandang dengan teruja. Pedal
minyak di tekan mengikut irama lagu Ingatkan Aku oleh Ana Raffali.

Ada lebih kurang 2, 3 biji kereta turut sama merangkak-rangkak ingin
keluar dari kawasan parkir Alamanda Putrajaya. Selaku adun tak
bertauliah Presint 14, aku mengambil jalan mudah. Keadaan Parkir yang
agak lengang memudahkan aku memotong kereta yang merangkak tadi di
iringi lagu Hanyut oleh Faizal Tahir.

Tiba-tiba, sebuah kereta muncul dari belakang. Dengan laju dan ganas.
Warna Hitam melambangkan keganasan tuan kereta tersebut. Juga mengikut
jalan aku. Aku semakin hampir ke mesin pengangkat palang. Dia potong
sayur kereta aku. Tapi..

Haha! Aku tak dapat tahan gelak akhirnya, muka broder tersebut jelas
bertukar kemerah-merahan. Dia salah jalan menuju jalan mati pulak tu!
Lalu terpaksa menunggu kereta di belakang kosong untuk mengundur dan
beratur dengan 2, 3 bijik kereta lambat tadi. Kalau lah ada CCTV tadi,
mampus orang yang tengok rakaman tu ikut gelak! Hahaha!

2 comments:

StingRay said...

Air muka tegas...tapi dengar lagu ingatkan aku.

hahaaha..

tak mecing langsung!

Unknown said...

Hahaha.. Ok ape.. Muka tegas tapi Roamantik..