Friday, November 19, 2010

Amaran: Anda Boleh Di Dakwa Jika Mengganggu.

Dapat satu panggilan dari seorang kenalan lama semasa belajar
dulu-dulu kala. Bayangkan, kawan yang dah lama tak di hubungi, harus
ada banyak perkara nak di borakkan. Itu satu benda wajib kalau aku
jumpa kawan lama aku. Terutama sekali kawan zaman sekolah, kawan zaman
Matrikulasi-Matrikulasi, kawan masa belajar di UTeM dan kawan-kawan
mantan sepejabat.

Kalau korang betul-betul kawan aku, dan nak menghubungi aku, silakan.
Macam-macam cara boleh digunakan untuk menghubungi aku sekarang ni.
Telefon, email ada dua, laman-laman sosial macam facebook, twitter dan
foursquare.

Tapi, agak di kesali kalau korang hubungi aku untuk masuk MLM atau apa
sahaja yang sewaktu dengan nya. Lain lah kalau korang nak hubungi aku
sebab nak bagi aku duit. Macam tu, kecik tapak tangan, nyiru aku
tadahkan. Tapi, kalau MLM, simpan duit sekian-sekian boleh dapat
sekian-sekian, tolong lah, serik kena tipu.

Jadi, rakan-rakan, sahabat handai sekalian, sempena sambutan Hari Raya
Aidiladha ni, aku susun jari sepuluh awal-awal, ampunkan aku kalau aku
ter reject nama anda atau meletakkan nama anda dalam blacklist.
Sesungguhnya, anda sendiri yang meletakkan diri anda dalam keadaan
demikian.

2 comments:

Mohd Shahrizal said...

tapi kalau ada kawan yg bajet dia jer best camne? ko angkat tak? hahahah

k0m4nd3r said...

Haha, bergantung lah, kalau aku rajin, aku angkat lah. Nanti aku tipon xmo angkat lak kang.. :D