Tuesday, November 30, 2010

15 May 2020

Tarikh 15 May 2020. Hobi pada masa tu tak banyak perubahan. DoTA 2
jadi ikutan ramai remaja. Corak permainan berubah. Komen dari
Kementerian Ibu Bapa dan Keluarga Antarabangsa menyatakan ramai orang
kurang bersenam akibat bermain DoTA menyebabkan format permainan
diubah. Kalau sekarang pemain hanya perlu duduk dan menekan butang
mouse dan keyboard, pada masa tu pemain perlu menjadi hero yang
dipilih dan berjalan dalam peta untuk bermain. Walau meletihkan,
tetapi itulah senaman.

Dari segi sukan pula, permainan berpasukan masih menjadi minat utama.
Tetapi bolasepak bukan agenda utama. Minat orang ramai beralih kepada
hoki ais. Jersi hoki ais dipakai di mana-mana. Orang berjalan sambil
membawa kayu hoki ais bukan lagi sesuatu yang pelik. Malah, ketika
lepak di Mamak untuk minum, ramai orang yang menonton perlawanan hoki
ais sambil membawa kayu hoki ais masing-masing. Kalau sekarang orang
sokong kepada satu-satu kumpulan as a team, pada masa tu benda
tersebut tak terjadi. Orang menyokong pemain yang di sukai. Andai aku
sokong keeper pasukan chelsea, aku boleh pilih dan masukkan dalam
pasukan aku. (Macam fantasy football?). Orang beralih ke sukan hoki
ais? Kenapa? Sebab pengacara sukan hoki Ais pada masa tu super hot!
Kalau tak silap aku model Russia yang menggayakan cara mengambil
pukulan penalti sebelum perlawanan akhir dimulakan antara pasukan
Negeri Sembilan vs Kelantan.

Bahasa pertuturan pada masa tu? Hmm, english of course. Tapi yang
menjadi masalah besar, malah mimpi ngeri pada aku pada masa tersebut,
hampir 100% orang menggunakan bahasa Inggeris di mana-mana tempat
dalam dunia waimma di kedai mamak. Malah mat mat rempit yang awek
seksi Bukit Bintang pakai baju menampakkan 3/4 badan beliau pun
speaking fluently. Aku? Aku tak tahu cakap english! Watafish!

Di sebabkan mimpi ngeri ni, aku terjaga pada pukul 1.41 am, aku terjaga sebab:
1. Dalam mimpi tersebut aku mengalami sakit-sakit badan, kaki penat
akibat berjalan semasa bermain DoTA. Minda penat sebab pakai hero
Intelligent.
2. Rasa kagum pada pemain hoki Ais yang membuat 1 in a Million shot
dalam masa tambahan 3 minit terakhir, perlawanan akhir Piala Malaysia
2015 kembali menjadi Milik Negeri Sembilan.
3. Kemenangan tu menyebabkan awek seksi bukit bintang tadi french kiss
dengan aku sambil menangis kata taknak pilih KLCC dowh...

Dammit! Lepas ni tidur aku nak sambung part KLCC lah. :D

3 comments:

Amak Kongsi said...

ko tersalah makan ubat ke b4 tdo? siap awek KLCC...xleh blah... keh3

Unknown said...

Haha, perut sakit, makan ubat batuk, camtu lah jadinya..

Unknown said...

Haha, perut sakit, makan ubat batuk, camtu lah jadinya..