Sunday, October 31, 2010

Kijang Melomat, Rusa Patah Kaki

Bagai menonton ulang tayang perlawanan tahun lepas. Skuad Kijang
sekali lagi bertemu Rusa di peringkat akhir Piala Malaysia.

Beza kali ini, si Rusa kecundang di himpit Kijang peliharaan Cik Siti
Wan Kembang. Kalau tahun lepas, rusa berpuas hati dengan 3 berbalas 1,
tahun ini cukuplah bagi mata kesian dekat si Kijang 2-1. Hutang satu
mata bila-bila boleh bayar. Ruso tak kisah.

Sepanduk kijang yang menyatakan tahun ini Ruso menangih seolah-olah
tak memberi kesan. Tahun lepas, penyokong Kijang balik seawal gol
kedua, tapi penyokong rusa tegar di tempat duduk masing-masing sampai
wisel penamat oleh referee.


Malah, tepukan tahniah dan tak apa oleh penyokong rusa pada pemain dan
penyokong kelantan di berikan oleh penyokong Rusa.

Ingat. Rusa tak menangis, rusa tak patah kaki. Rusa tak kisah kalau
kalah. Penyokong rusa tak bakar kerusi pon. Rusa rasional dalam piala
Malaysia. Hobin jang hobin tetap kedengaran walau ketinggalan di
minit-minit akhir.

Syabas Kijang! Syabas Rusa!

Ps: tahun depan, kalau rusa masuk final, tobat aku tgk kat tv je.
Tiket RM30, parking dalam hutan TPM RM2, perjalan dari stadium ke
kereta tak selesa. Stadium Bukit Jalil takda parking ke? Kata nak
naikkan prestij bola? Parking dalam hutan? Prestij gapo lagu ni?

4 comments:

wafixx said...

kakaka park shj tpt free blakang cafu kn mudah

k0m4nd3r said...

Nak buekcamno. Keto ado Bendegho, pulis tu yang arah keto den siap2 dalam hutan tu.. Semuo keto di arahkan ikut bendegho..

xara said...

Tengok kat tv je. tapi mlm tu ramai benor pelakon ye? asyik kejang kaki je..

k0m4nd3r said...

Final dah memang camtulah jadinya