Tuesday, September 14, 2010

Sepi sebatang pokok durian


Berikut adalah luahan hati pokok durian di kampung aku. Di rakamkan di petang 30Ramadhan 1431h.

Hai, saya sebatang pokok durian. Usia saya sekitar 22 tahun. Saya di tanam oleh tukang ambil gambar ini bersama ayah dan abang beliau. Ketika itu, umur tukang ambil gambar ini hanya 5 tahun.

Beliau jarang pulang untuk menengok kami sekeluarga. Di satu hari terakhir bulan puasa, saya dapat mendegar suara beliau.

Beliau membawa tangga. Saya pelik, adakah beliau ingin memetik buah durian? Belum pernah saya dengar orang petik buah durian di kawasan kami. Lagipon, saya tidak berbuah buat masa sekarang.

Rupa-rupanya, beliau ingin memetik petai. Saya berasa terharu. Walaupon saya belum berjasa dengan mengeluarkan hasil untuk santapan beliau, tapi saya berjasa menyediakan tempat untuk beliau berpaut sebelum memetik petai. Syahdu sungguh di petang raya.

Syahdu aku baca luahan hati beliau. Korang macamana? Syahdu tak?

Posted by ShoZu

2 comments:

KayNisa said...

hebat pokok durian hang ek, leh berkata2 dalam bentuk karangan

k0m4nd3r said...

Haa.. tu belom dia buat blog dia sendiri tuh.. :D