Sunday, September 5, 2010

Bila dah 2 bulan.

"Bangun!" kata bos, ringkas dan tegas. Tak seperti selalu, ceria dan panjang lebar. Baju biru dan gaya ala Horatio Caine dalam C.S.I Miami. Suara bos telah mengejutkan kami dari tidur waktu rehat tengahari.

"Kenapa bos? Kami baru nak tidur". Kata kukun sambil srot sret hidung beliau. Gaya bos yang macam Horatio berubah secara tiba-tiba. Entah bila bos mengambil kerusi malas Kakak OKU di pengujung blok kami.

"Ikut aku. Kita pergi masukkan duit. Korang ni sangat rajin. Aku tak sampai hati tengok korang tak raya tahun ni". Kata bos sambil duduk bersandar di kerusi malas tersebut dan berkipas sebijik macam apek 1Malaysia kekenyangan.
"Aku bukan macam the-company-you-know-who yang tak ambik tahu pasal orang lain tu". Sambung bos lagi. Kali ini giliran kami bertukar gaya. Dalam sekelip mata kami telah bertukar menjadi agent Men-in-Black.

"Betul bos?" aku bertanya ghairah. Maklumlah dah 2 bulan tak dapat. Orang kalau da kawin kalau tak dapat 2 minggu pon tension. Ini pulak 2 bulan. Mau tak ghairah. Kukun pulak, entah dari mana dapat briefcase. Mungkin datang sekali dengan cek tersebut.

"Bagus! Ada briefcase!" cek tersebut bernilai 5juta fulus.

"Apa 5 juta?" kukun tak dapat mengawal perasaan. Dia memasukkan cek kedalam briefcase dan ajak aku lari. Aku lari sama, tapi bukan sebab apa, sebab nak kejar kukun. Aku tak sedar disebabkan aku baru pasang turbo charge kat jantung mekanikal aku, aku lari laju sangat dan melanggar sebuah kereta back to the future v1.0.

Ces! Mimpi ngeri macam ni memang bantutkan waktu tidur di lunch hour bulan Ramadhan. Haih!

Posted by ShoZu

4 comments:

rr said...

Boss mana jadi Horatio Caine plak ni??

rosealley said...

fahmi bagi harapan palsu!huh

-rj- said...

aku ke ko yg tak dpt mengawal diri tue..

k0m4nd3r said...

RR: Bos saya dan kukun.
rose: Alaa.. gurau bulan pose pon nka marah.. Heheh.. chill
RJ: ko ler.. dapat duit terus lari.. hapa daa..