Friday, May 7, 2010

Memasak cara ela-eli

Salam, 

Anda semua pernah menonton rancangan kegeraman ramai satu ketika dulu? ALONG! 
Kalau pernah, mesti anda semua ingat slot Ela-Eli. Ala, rancangan kanak-kanak memasak tu. Petang ni, ketika aku sedang kelaparan macam biasa, macam biasa jugak lah datang idea mengarut. aku mengidamkan nak makan sesuatu yang secukup rasa. yang pedas, sedap dan kenyang.

Kepala ligat berfikir, terpandang bungkusan roti paun (Si Cocoon xtau menatang ape roti paun nih) pastu letak bersebelahan dengan Tuna ayam brand. aku beli sebungkus, kemudian bawak pergi kedai Umai. 

Sampai je kat kedai tu, Sambil melayan angin syahdu sepoi-sepoi bahasa tamil waktu petang, aku bukak tin tersebut dan sapukan ke atas roti. masalahnya, ada satu rasa yang tak cukup. Ia sedap, kenyang tapi apa ya?
kurang pedas! Satu perassaan yang tak dapat di terima oleh lidah. 

Aku panggil akak Umai, mintak lah sikit cili potong dan order ais kosong lebih sikit. Ni kalau kat bonda mau dah kene halau pergi kedai lain dah ni. Berbekalkan cili potong yang aku anggarkan ada lah dalam 2, 3 bijik, aku gaul ke dalam tin tersebut. Maka, terhasillah! 

..
..
..
..
..
..
..

Tuna Cili Ela Eli!

Suka hati aku dpat bagi nama sendiri kat masakan makanan aku sendiri! Hehe.
Akhir kata, renung-renungkan, dan selamat makan!

PS: Takziah kepada Zieda kembar BLM hitam yang baru lepas kemalangan jalan raya 6/5/2010 hari tu.
Thank god takde pape berlaku kepa tuan punya badan. Ini semua cubaan dan dugaan.

Posted by ShoZu

2 comments:

iovantgarde said...

ela eli kuberi nama, saudara saudari cikeboum2x malam2 minggu siang2 hari disko2, putih2 melati alibaba,,merah2 jelita miaw2 sapa yang cantik itu bawang merah lama2 jadi patung!!!

permenan popular zaman kekanak ribena..haha

k0m4nd3r said...

Cett.. skarang dah ade bayi, x lamo laie jadi kanak2.. Hohoho