Sunday, May 2, 2010

Geng Kacang: Life and Lifestyle

Salam,

Hidup dan carahidup. Aku bermonolog lagi. Macam biasa, aktiviti hari cuti umum kami geng 83 memang di penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang paling berfaedah. Selain aku dan Cocoon yang tengah lawan bersin akibat air-cond di ofis sekarang nih, aktiviti menarik yang kami lakukan adalah menonton siaran langsung log pelayan yang sedang berlangsung sejak pukul 12 tengahari semalam (tengok log nih macam tengok result bola lah lebih kurang).

Krologi aktiviti Geng Kacang:

Jumaat:
- Bergolek-golek keriangan di ofis sementara Kacang Shaggy dan Kacang Shazzy pergi berfutsal. Data dah selamat dimuat naik dan diuji, sah Tak ada masalah esok pagi.
- Aku dan Kacang Cocoon sedang ber-DoTA dan di belasah geng86 angkara host yang lag dan hero ar yang macam tapir (Serius, aku memang tak reti kalau dapat hero intel/strength tapi Enigma memang power). Orang tua-tua cakap, kalau main dota tak menjadi, tandanya esok hari kau jadi busy-bee.
- Masuk tidur pukul 6 pagi lepas tengok tayangan Pappadom (Umpan kami senang je, pasang wayang kat ofis or kami balik).

Sabtu:


- Dapat panggilan pertama. tapi bukan dari pengguna, dari projek lain. :D Cuma panggilan untuk suruh bukak pintu dan mesyuarat lebih kurang. Kacang Cocoon masih tergolek tak sedarkan diri. Kacang Syazwan masih tak mandi, Kacang Shaggy katanya dah sampai Jay Bi. Gila ritma, boleh jadi pantun ni, abaikan sebab dah pagi.

- Baru nak masuk tidur semula, Sistem online pukul 12 tengahari. panggilan kedua dari Mr. Megatron, katanya ada problem. Jenny dah sampai dari pukul 11 tadi. Aku pening lalat sambil bukak pintu tengok muka kacang Shazzy. Tak sempat dia nak bagitau apa-apa, aku dah bagitau dulu pasal apa yang jadi.

- Pukul 12.30PM ++
panggilan masuk dan keluar tak henti-henti. Aku rasa macam VIP. Aku rasa nk berhenti jadi SE nk jadi penyanyi. Tapi aku tau, Jadi penyanyi lagi sibuk dari macam ni. lagipon, Sibuk hari ni kalah menteri.

- Pukul 2PM:
Keadaan kembali terkawal. Aku dah mula rasa lapar. Masa untuk keluar dengan bakal-bini. tapi rasa-rasa macam tak seuai keluar waktu ni. Baik aku tunggu petang sikit lagi. Kalau nak keluar badan mesti mau wangi-wangi.

- Pukul 9PM
Kacang Shazzy cakap dah nak sampai. padahal masih kat Muar lagi. Rambut rasa gatal, baik pergi cuci.

Pukul 12AM - 3AM
- Mata gelap tak nampak apa-apa. Rupanya dah lena depan TV. Terjaga kejap pas bos Telefon, Mata dah taknak lelap dah.

3AM dan keatas.
- Melayan Kacang Cocoon tengok movie. Sambil-sambil tengok result log harini.


Ahad:
Aku rasa hari ni kerja setakat tengahari, Banyak gak benda nk kene settle nih. Mungkin ada meeting jap lagi? Sapa tau, yang penting, nak pergi KL petang ni. Dan aku rasa nak balik rumah sebab dah 2 hari tak jumpa tilam.


PS: Menarik aktiviti geng kacang? :D Anda rasa anda ada kelayakan untuk menyertai geng kacang? sila hantarkan resume anda sekarang jugak.

4 comments:

-rj- said...

aku jupe error..

36121238 02 May 2010 05:21:35,872 - Pukul 9PM
Kacang Shazzy cakap dah nak sampai. padahal masih kat Muar lagi. Rambut rasa gatal, baik pergi cuci.
General Typo Exception: [ ERROR org.oas.lib.util.exception.WebTypoExceptionController (WebTypoExceptionController.java:22) ]
java.lang.zai.NullPointerException -- shazzy tak pegi muar pon ari tue..

Unknown said...

Sepatutnya classCastException Kot? Sebab die on the way dari Jay Bee lah Swinging Bowl.. :D

-rj- said...

tail -n 100 catalina.out > typoErrorPagiAhad.log
shazzy ke shaggy?

Unknown said...

Kacang 2 beradik tu susah nk detect la.. Tu dah jadik caused by classCastNotFoundException tuh..