Friday, January 15, 2010

Demmm?

Petang yang agak suam-suam kuku, aku dengan jenny (?) berjalan dengan tenang untuk ke pejabat selesai sembahyang Jumaat. Pandangan jauh kehadapan (atas bukit). Kelihatan segerombolan wanita turun dari atas bukit menuju ke arah kami. Apa ini? mengapa ini terjadi? apa yang berlaku? tiba-tiba, bahu kami di tepuk dari belakang.

"Encik nak ke mana?" garau suara guard tersebut.

"Nak pergi demo bang. Kenapa?" jawap aku.

"Kalau rasa nak pergi demo, saya rasa, baik awak batalkan niat tu."

Aku pelik.

"Kenapa bang? salah ke kami nak buat demo. Meeting cancel ke?" soal aku berbahasa rojak.

"Depan tu FRU. sapa yang buat demo hari ni akan di tangkap." Pakcik jaga bersuara dengan tegas dan keras untuk menakutkan kami aku kira.

"Bang, kami nk pergi demo application la.. bukan demo jalanan. isk isk isk". aku dah tak mampu tahan gelak dan terus beredar.

Rupanya gerombolan yang aku lalui sebentar tadi adalah gerombolan pendemo-pendemo. Patutlah FRU, Polis berada mengawal keadaan. Sangat kewl! bukan selalu dapat tengok aktiviti macam ni...

4 comments:

Anonymous said...

hihihi...dh agk dh fahmi nak g demo application! hiks.. sempat g eh nak menmain ngan guard tuh? ish3..

StingRay said...

buatnya kena angkut dengan FRU....berdemo kat balai la.hahaa

Xara said...

ada demo apa?

Unknown said...

Red: sebenarnye nk g wat deployment.. hehehe.. saje je cakap wat demo.. :D

Stignray: Kalau FRU tahan aku, sape la yang ekne wat demo.. Hohoho..

Xara: demo ape tah.. orang sekarang kan suke wat demo. Kan Malaysia negara DEMOkrasi. :D