Sunday, October 4, 2009

Pendeta Gua Khayalan

Seperti yang di janjikan, akan kuberikan penilaian peribadiku tentang novel "Pendeta Gua Khayalan". Sebelum apa-apa, Ampunkan aku, aku bukan pandai bermain kata-kata, juga bukan pengkritik profesional.
Pendeta Gua Khayalan-salah sebuah karya yang berada dalam trilogi "Kronika Lang Surya". Berada dalam genggaman sejak hari Selasa, tapi kekangan kerja membataskan pembacaan. Terutama kepada novel-novel yang seolah-olah mempunyai gam terhadap mata.
Jujurnya aku tertarik dengan gaya permainan bahasa penulis novel ni. Seolah-olah ada yang mencerita kan dan pembaca yang menjadi pendengar tanpa mengenepikan aspek-aspek yang ada dalam cerita. Pembaca seolah-olah berinteraksi dengan pencerita. Yang menariknya, pencerita bagai faham kehendak pembaca, dan bermain dengan emosi pembaca. Gaya penceritaan yang lain dari yang lain.
Bagi aku, novel Pendeta Gua Khayalan is an eye gluer. Plot demi plot menarik. Sesuai dengan konsep godaan, pembaca seolah-olah diajak untuk rasa teruja dan tidak sabar untuk mengetahui apa yang akan berlaku selanjutnya. Di sini elemen godaan yang dimainkan oleh pencerita amat berkesan. Five thumbs up for that minus one sebab berjaya menjadikan aku rasa tertekan di bab 19 sebab bahagian pertama tamat di sini.
Satu trait yang aku rasakan agak tidak berpuas hati, apabila ada kematian watak-watak sampingan. Macam Virus L oleh xara, watak yang mempunyai kaitan dengan Merah dibunuh, begitu juga dengan Pendeta Gua Khayalan. Watak Yang mati ada kaitan dengan Lang Surya. Rasa macam tak puas hati!.
Walaubagaimanapun, tahniah pada Odetakhun Jundak, jangan lambat keluarkan sequelnya ya? Tahniah lagi sekali! Terbaik! 4 setengah bintang untuk "Pendeta Gua Khayalan".

Posted by ShoZu

7 comments:

Unknown said...

aku bagi 5 bintang utk Reader's Digest, buku Malaysia Water Association (MWA), Arahan Teknik Jalan & Std Spec Building Works 2005.... keh2

Unknown said...

5 bintang dari sogi apo? Kandungan? Hehe, den xbaco buku tu lah.

Masdalifadzlie M Saaid said...

tq atas respon ko tu.. ni adalah respon pertama yg aku dpt.. tq jgk kerana byk memuji.. alhamdulillah.. utk menambah ketidakpuasan hati ko tu, next book will be more death! hahahaha

Unknown said...

Jangan la.. jangan la.. Hohoho..

Anonymous said...

Salam singgah...hehehehe hamek ko kom4nd3r..hah apa ke susah nak taip dgn sebut nama ko ni! Sekali lagi hehehe hamek ko penulis buku tu sendiri yang bagi komen kat blog ko. Anyway salam perkenalan dari patik hamba yang kacak...hahahaa

Xara said...

baru baca sampai bab dua. bawa buku merata2 tapi tak baca pung. huhu.

fami, saya pun ingat mau tambah lagi jumlah kematian dalam buku virus l seterusnya. buat ala-ala massacre boleh ke? hohoho

Unknown said...

Castelano: Salam perkenalan dari hamba jugak. susah ke nk taip nama aku tuh? hehehe.. xkisah penulis tu nk komen kat blog aku, diorang memang suke x puas ati kat aku. hahaha..

Suri: tengok! baru je sebut diorang suke wat aku x puas ati. skang nk buat lagi babak yang aku x suke.. waaa!