Saturday, August 15, 2009

Kebangkitan Makhluk Martian! - Part 1

Suasana pagi yg sejuk. Mengingatkan aku waktu tengahari semasa berada di Syria dulu. Suasana begini memang enak kalau masih terus di perbaringan. Tapi, aku ada misi yang lebih penting lagi. Hari ini ada mesyuarat pukul 10 pagi. Aku bergegas untuk sampai tepat pada masanya.

Aku sampai sebelum ahli Council of The Eldest yg lain sampai. C3P0 dan R2D2 masih setia di tempat masing-masing. Ikan-ikan peliharaan kami masih bernyawa-nyawa ikan. Kecuali kerapu yang mempunyai hayat separuh nyawa ikan.

Mesyuarat bermula. Ketua council mengarahkan kumpulan antaramuka masuk mengadap. khabarnya, kumpulan itu baru pulang dari medan pertapaan di sebuah kampung di pahang. Menteri perhubungan Sang Asia kirana menghubungi mereka dengan kuasa telepati. sungguh tepat dan jitu. sesuai kelayakan dengan tugasan nya seorang Menteri Perhubungan.

Ahli council memulakan mesyuarat tanpa kehadiran kumpulan antaramuka. Perkara pertama yang dibangkitkan oleh The Eldest mengenai tahap kemajuan ilmu ahli council. Kami masing-masing sudah menghampira garis kematangan tahap ketiga hingga lima. The Eldest memilih beberapa orang untuk dihantar menguji tahap kuasa masing-masing bertemu seteru mereka di pulau Langgasuka. Sedang kami berbincang, siapa antara kami yang akan dipilih untuk ujian ini, ahli kumpulan antaramuka datang.

Ahli kumpulan antaramuka mudah dikenalpasti dengan setiap mereka mengenakan topeng muka laksana Ninja Kampung Daun (Konoha dalam bahasa Jepun). The Eldest mengarahkan mereka mengambil tempat masing-masing. Tanpa sebarang bunyi, mereka mengamil tempat.

Suasana sunyi seketika. The Eldest tekun menyusun jadual pertarungan dan kata-kata seterusnya. Tiba-tiba, "Berhenti! saya sudah tak tahan lagi!" jerit seorang ahli kumpulan antaramuka. "Induk sudah memanggil kami!"sambung ahli yang lain seraya membuka topeng.

Di hadapan kami, ketiga-tiga orang ahli kumpulan antaramuka sedang mengalami perubahan. topeng yang dipakai sudah entah di mana. Urat-urat hijau jelas kelihatan di tangan masing-masing. Mukus serta saliva meleleh dari hidung serta mulut mereka. Wajah kelihatan bertambah bengis dengan mata yang kemerah-merahan. aku berundur setapak ke dinding. C3P0 dan R2D2 yang di latih menghadapi kecemasan seperti ini mula bertindakbalas mengepung The Eldest dari sebarang bahaya. Jundak dan Roy membuka kekuda untuk bersedia dengan silat langkah seribu andai berlaku sesuatu.

"Kamu semua harus mati!" jerit xsara selaku ketua kumpulan antaramuka. Dengan gerakan yang pantas, dia mengangakan mulut dan berpaling ke salah seorang ahli council. dia terjatuh lantaran cecair yang keluar itu tepat pada batang hidungnya. Dia pengsan. ahli Council bergegas menyelamatkan the eldest. Kedudukan ku di hujung sudut Bilik gerakan tidak memungkinkan pergerakan menyelamatkan diriku. yang ada di hadapanku cuma sebuah telefon bimbit. Dengan Pantas, kucapai telefon tersebut. Argh! tiada liputan disini lantaran ini kawasan rahsia kami.

Otakkku ligat mencari penyelesaian. Ku taip mesej arahan rahsia untuk pengaktifan modul pelindungan diri. "1152:6291:3488:8701:4820:2414 berindak!" terasa gegaran kecil. Ahli kumpulan antaramuka masih mengganas. Menteri perhubungan telah bersama C3P0, R2D2 dan lain-lain ahli council di bilik pertahanan sementara. Jundak di penjuru kanan sedang bermati-matian mempertahankan diri dengan jurus "Musim luruh di hatiku" yang dikuasai semasa di Jepun dahulu.

5 comments:

rr said...

mender ler G ni...


.rr

Unknown said...

Sedang cuba bakat dalam bidang penulisan. :D

Xara said...

ni amende da mengarut ni? ahhahaha

Masdalifadzlie M Saaid said...

sebuah penulisan yang lahir dari hati yang jujur..

Unknown said...

Xara: Percubaan nk jadik penulis.
Jundak: ni nk bagi berape bintang nih? :D komen best2, dpt coklat:D