Tuesday, November 11, 2008

Beliau..

Beliau kukenali 3 tahun dahulu, sudah macam2 yang ku lalui dgn beliau. Sakit pening beliau segera aku rawat. tanpa beliau, hidup langsung x bermakna.
Tapi semuanya berubah bila aku sudah menginjak ke semester akhir, aku dapat satu kawan baru. aku sudah tidak pedulikan beliau. Malah kuserahkan beliau pada abang ku untuk menjaganya. tidak kunafikan, memang along menjaganya dengan baik hinggalah aku dapat diterima bekerja di OAS. 
Pihak syarikat memperkenalkan aku dgn teman baruku. sekali lagi aku serahkan  teman lama kepada along. along mengabaikan kawan lamaku di rumah. tida siapa mahukan beliau. Tapi kini, sejak kejadian malang teman baruku dilarikan penjenayah, aku tidak berteman lagi. selain Ubuntu dan vista di opis, bila pulang ke bangi, aku rasa kosong. Minggu lepas aku pulang ke rumah.. aku perasan kehadiran beliau.. beliau seolah2 memandangku dengan sayu.. Aku rasa kasihan.. aku bersihkan beliau, dan kubawa pulang ke rumah ku di Bangi. Memang beliau masih bernyawa.. tapi.. monitor dah rosak.. Bagaimana nih? ada sesiapa mempunyai lebihan monitor? :D. itulah cerita sebuah komputer desktop..

2 comments:

iovantgarde said...

beliau cume komputer dektop je..monitor skarang pon murah ma..ala,,skrin die ok lagi tu,,hehe,layan je..asal dapat tgk tulisan2 jadi lah..huahuhauha..suh d.e blanje monitor.duit die banyak wo!!

Unknown said...

Mane ade tulisan.. Monitor tu padam terus.. wuwuwu... tensen pakcik..