Sunday, August 30, 2009

Bazaar Ramadhan!

Kami baru pulang dari bazar ramadhan putrajaya td. Rasa macam tertipu pon ada. Akhbar cakap, kehadiran orang ke pasar ramadhan xberkurang. Masih macam tahun2 sebelumnya. Tapi bagi aku, macam makin sikit je. Ni yang buat aku terasa pelik. Betul ke ekonomi makin kukuh?aku bukan penganalisa ekonomoney. Sedangkan ekonomi sendiri pon sakit. Tapi rumusan dari lawatan tadi aku dapat rasakan. Nilai duit macam dah makin susut dari sehari ke sehari. Peringatan utk aku, raya tahun ni mcm raya tahun2 lepas, xyah berangan la nak baju raya baru lagi.. Pakai baju tshirt n kain pelikat masa pergi semayang raya nnti ok x?hoho..


Manchester vs Arsenal!

Aku ada beberapa orang adik beradik dan seorang adik perempuan. Abang aku minat Chelse, aku xminat bola, Alang dgn Arsenal, bulat(ya, beliau adik perempuan aku) minat chelsea n anti betul dgn MU. Yang bongsu sorang tu lah peminat MU, sampai rambut pon nk buat ala2 bekas pemain MU yang bernama Wonaldo. Tapi.. Mereka semua dah tido. Tinggal aku sorang tengah layan sebab baru sampai rumah seremban dari putrajaya td.
Pertarungan antara MU dgn arsenal baru masuk ke minit ke 85. Aku tengok Runi(betul ke eja camni? Aku pn xtau, bukan ramai orang minat kelab tah pape nih hoho) hampir kene pijak tadi. Skarang masa dah hampir tamat. Pemain Arsenal xpuas hati! Wenger lagi sakit hati! Macam tapir! Gol lah woi! Mane ade off side! Dari gerak perlahan aku nampak Wenger cakap "Kambing betul! Argh tertekan aku!". Baru nk kutuk jundak. Haha! V. Persie nampak orang kedua sedih. Pertama paling sedih makcik Timah yang tukang buat air kt tepi padang nun. Hoho.. Aku dah hilang mood menaip.
K0m4nd3r

Posted by ShoZu

Saturday, August 29, 2009

Perihal Novel

Terus-terang aku cakap. Aku memang jarang baca novel, buku/jurnal memanglah kene baca, dah namanya pernah jadi pelajar dan aku rasa aku xpernah berhenti belajar. Cukup pasal aku.

Kali ni aku nak review pasal satu buku bertajuk 'Mantera Hitam' karangan Serunai Faqir. Sebuah novel fiksyen epik melayu yang bagi aku amat menarik!. Kenapa aku cakap macam tu? Antara novel2 yang aku baca(Laskar Pelangi, Jian, Virus L, Pendeta Gua Khayalan-maaf buku masih dalam kilang cetak,belum keluar lagi). Adalah sesuatu perasaan yang amat menarik kalau aku berada dalam keadaan seperti dalam penceritaan penulis. Pendek kata, aku mencari-cari penulis yang dapat menarik hati dan perasaan aku menjadi pengembara dalam penulisan beliau. Novel pertama(mungkin) yang aku baca Virus L. Ditulis oleh Suri Mawarne kawan sepejabat di OAS. Tak susah untuk membayangkan keadaan sambil membacanya, masakan tidak, gaya penceritaan hampir 100% pengalaman kerja sehari2. Aku membayangkan fly atau merah dpt datang membantu aku menyiapkan projek kami. Lagi pula, penulis novel virus L agak rapat dengan aku.

Novel kedua bertajuk Laskar Pelangi. Novel ni, kalau xdisebabkan aku perlu ke luar negara, xmungkin aku baca. Buku yang tebal selain buku berkaitan kerja menutup minat untuk aku membaca. Berlainan dengan novel ini. Ia mengimbau kenangan zaman persekolahan dahulu. Zaman masih kanak2. Bagaimana aku masih teruja untuk menaiki pentas bagi membuktikan aku terbaik antara yang terbaik. Walau hakikatnya aku xmungkin malah jauh panggang dari api apabila berhadapan dgn watak pintar dalam novel ini.

Novel ketiga masih dalam peringkat pencetakan. Aku sendiri ingat2 lupa tajuk novel tersebut. Mungkin 'Pendeta Gua Khayalan'? Maafkan aku jundak, bila siap cetakan nanti aku letak iklan di sini ya?. Pembacaan masih belum tamat. Penulisnya Masdalifazli M. Said Masdalifadzlie M Saaid, juga staf tempat aku membanting keyboard untuk seliter petrol (tempat kerja daa). Cerita fiksyen sejarah memang menarik minat aku. Kadang-kadang aku boleh jadi bukan aku bila membaca godaan novel ini. Yang melucukan apabila ada babak pertarungan aku cuba sekali berimaginasi untuk turut serta dalam pertarungan. Hasilnya aku teruk dilanda badai pertarungan mereka. Untuk menyelamatkan keadaan, aku paksa kambing peliharaanku menyelinap ke tempat pertarungan mereka-tanya jundak kalau xpasti tempat tersebut. Mungkin di indera wangsamaju?. Novel ini mengajajak aku meneroka ke alam fiksyen fantasi bawah norma kesedaran. Amat sesuai dibaca pada bila-bila masa. Aku harap janganlah ada unsur antiklimax seperti Virus L. Heheh. Tunggu kemunculanya.
Novel Mantera Hitam karya Serunai Faqir juga amat menarik. Tapi akan kusambung nanti. Mata agak berat sekarang. Jangan malam ini bermimpi pertarungan marcel dan marqo lagi. Aku bosan menyamar jadi lalat. Heheh..

Posted by ShoZu

Friday, August 28, 2009

Buka Puasa Di OAS






Gambar terakhir Lutfi di OAS. Huhu.. Ni kerja mereka di OAS. Makan, makan, dan makan. :D

Posted by ShoZu

Thursday, August 27, 2009

Pekerja Contoh Kekenyangan


Mereka antara pekerja-pekerja contoh. Sanggup berbuka di ofis untuk mengejar deadline yang akan tiba tak lame lagi..

Posted by ShoZu

Taman warisan


Menu hari ini. Roti john, sate ayam, teh o.. Bak kate khirul moi ah..

Posted by ShoZu

Rain N Flag


It's dark n gloom. Cars on road. People with their works. The flag. Alone. With pole n traffic light.

Posted by ShoZu

Wednesday, August 26, 2009

Azan dah berbunyi...

Azan dah berbunyi. Tapi...



ape pon xde lagi...

Posted by ShoZu

Salah pilih.

Macam-macam perkara boleh jadi salah pilih. Tapi lumrah manusia selalu salah pilih perkataan yang bersesuaian. Contoh keadaan salah pilih:
Wak Jen tekan butang on pada komputer. 'Tit' komputer berbunyi. 'Tit' cili comel berbunyi. 'Tit' komander pon berbunyi. Kami gelak secara senyap. Tiba-tiba, 'Pot' xara berbunyi. Ketawa terhenti, kami berpandangan satu sama lain. "kenapa? Saya salah pilih ayat lah." kata xara.

Posted by ShoZu

Petani Moderen Sedang Bekerja


Dalam era i.t semua kerja memerlukan komputer. Tapi jika connection bukan lembab, tapi basah kuyup, maka ada kemungkinan ladang akan hancur sebelum dituai. Gambar menunjukkan para petani sedang bekerja. Kagum kan? Jika dulu orang membanting tulang di ladang, sekarang peribahasa itu perlu di ganti dengan membanting keyboard di ofis. Heheh..

Posted by ShoZu

Tuesday, August 25, 2009

Makhluk Halus!

Arghh!! Ganguan makhluk halus makin menjadi2 di opis OAS tingkat 3. Saksi2 yang nampak cakap nampak macam2. Ade yang cakap perasan seperti di intai. Ada yang cakap, nampak kelibat berterbangan depan mata. Ada yang cakap, dengar bisikan halus tepi telinga.

tapi kami semua dah x hairan dengan gangguan makhluk halus tuh. rasa nak penampar je makhluk2 tuh. tertekan tau x? kitorang tengah rajin nk kejar dateline, leh lak manja2 terbang kat kitorang.

Siap ko lalat, aku beli serai wangi jap lagih.. baru hang tau!

Monday, August 24, 2009

Menu Buka Puasa

Hari ni 3 Ramadhan 1430.
Menu hari ini:
Nasi putih- Fuad masak
Kari ayam- Fuad masak
Kangkung goreng belacan- Fuad masak
Potai- aku bwk fresh dari Johol
sirap+sunquick- aku buat
total perbelanjaan? Xdak,sbb ayam n kangkung fuad bwk dr Jemapoh. Haha..jimat kn?
K0m4nd3r

Saturday, August 22, 2009

Waktu Bekerja

Assalamualaikum, selamat berpuasa.
Mengikut jadual baru yg mr. MSH bg aritu, jadual kerja pada bulan puasa akan bermula pukul 7 pg hingga 4 ptg. Wah! What a relieve! Kite tgk cmne jadual kerja ni dipatuhi.. Heheh..
K0m4nd3r

Friday, August 21, 2009

2 tahun!

2 years ago,
Still new here,
Yet not a new member,
I'm here,
They said,
I will not stand it,
At most,
6th month-January 2008 1st increment
April 2008- Bought my BLM
8th Dec 2008-first trip oversea went 2 Damascus, Syria.
I'm still standing here. Even my blog contain the name.
Thanx OAS! Thanks mr. Shahir, mr. AKK, Mr. RR, Thanx all!
I'll b a better man!
K0m4nd3r

Lorong perpindahan.

Author Komander |
free Mobile GPS Tracking Service

Ni laluan yang di ambik semasa kitorang pindah harituh. tu pon putus2 sebab bila masuk parking basement mane dapat signal satelit. apo dah.

Shared via AddThis

Bakar rumah selepas bunuh


SEORANG penduduk menunjukkan tempat mangsa
ditemui terbakar di sebuah flat di Kajang semalam.


KAJANG - Tindakan seorang lelaki yang membakar sebuah rumah flat untuk menutup rahsianya membunuh seorang wanita terbongkar dengan penemuan mayat dalam keadaan terikat di Kajang Sentral di sini semalam.

Kejadian pukul 3.30 pagi di tingkat tiga flat tersebut disedari oleh jiran mangsa yang terhidu bau busuk daripada asap yang keluar dari rumah pekerja salon tersebut sebelum menghubungi bomba.

A. Nancy, 35, ditemui dalam keadaan kedua-dua belah tangannya terikat dan kedua-dua belah kakinya hangus di atas tilam di ruang tamu rumahnya.

Difahamkan, mangsa yang telah bercerai itu tinggal bersendirian di situ sejak dua tahun lalu manakala dua anaknya menetap bersama suaminya di kawasan berhampiran.

Satu sumber memberitahu, tiga jam sebelum kejadian itu, jiran mangsa mendakwa melihat mangsa dan sempat berbual dengannya.

"Bagaimanapun, sejam selepas itu, dia ternampak seorang lelaki masuk ke dalam rumah tersebut sebelum terdengar bunyi bising seperti sedang bergaduh.

"Dia yang tidak menghiraukan perkara tersebut kemudiannya terus masuk tidur sebelum tersedar kerana terhidu bau asap dari rumah tersebut dua jam selepas itu,'' katanya di sini semalam.

Dia yang panik sebaik melihat rumah jirannya terbakar segera menghubungi bomba.

Tambahnya, sepanjang pengetahuannya, mangsa tidak mempunyai kekasih dan tidak pernah ada lelaki yang datang ke rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood berkata, polis yang pada mulanya menyangka ia kebakaran biasa terkejut apabila dimaklumkan terdapat mayat dalam keadaan terikat di kedua-dua belah tangan.

Katanya, pihak berkuasa yang sampai di rumah tersebut mendapati pintunya tidak berkunci.

"Siasatan kita mendapati tiada kesan pecah masuk dan kemungkinan pembunuhan tersebut dilakukan oleh orang yang dikenali mangsa.

"Ketika ditemui, mayat mangsa berada di atas tilam di ruang tamu dengan kedua belah kakinya rentung tetapi badannya berada dalam keadaan sempurna,'' katanya.

Tambahnya, polis sedang menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

Setakat ini polis masih belum membuat sebarang tangkapan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi polis Kajang di talian 03-87362222 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Rumah orang nih satu blok dengan aku. Masa kejadian antara pukul 2am ke 3 am. Aku tengah pusing2 nk tidur. Dengar bunyik bising orang gaduh laki bini. Aku ingatkan mimpi sebab kebetulan tengah mimpi gaduh2 nih. gilak ah. bebetul gilak.

Pindah Rumah

Cakap pasal pindah rmah ahad lepas, aku ada info yang aku rasa menarik nk kongsi2 dengan kawan2 semua.
1. SAGA BLM is a multipurpose car. it cant transform itself to a moving truck like you can see in this picture:
Ampaian angkut masuk dalam kereta, rebahkan kerusi co-driver n balut dengan selimut.



Ruang boot yang besau. Dalam nih boleh masukkan banyak barang sampai leh rase kete aku lowered.

Tengok! rak TV leh masuk dalam kete nih. lepak dengan macho je kat belakang aku. sekali brek, "kelepap" jatuh atas muka tuan direktor! (Aku pakai mask dalam kete bukan sebab masalah mental takut H1N1 dalam kete, tapi xtahan habuk banyak sangat!)

2. Proses perpindahan yang dirancangkan awal pagi ahad, di tunda ke petang starting @ around 4 PM. Sebab penyewa lama nk cuci rumah dulu katanya.

3. Proses pindah rumah tamat @ approximately 3AM.

4. Hari tu gak, ramai orang berpindah (In @ Out from this building).

korang rasa menarik x pengalaman aku nih? kalau menarik, please thick interesting below. :D tahnks All.

k0m4nd3r

Wednesday, August 19, 2009

Rumah Baru Kami.


Skarang kami berada di rumah baru kami. Di Taman Kajang Sentral. Sewa ok lah, RM 400 sebulan. Ada satu lagi bilik kosong ada sapa2 berminat nak sewa?kalau nak boleh hubungi kami di talian bebas. Komen je untuk maklumat lanjut.
Syarat2 untuk jadi penyewa:
1. BUKAN GAY!
2. Boleh bayar sewa bulan2 on time!
3. Kurang sikit handsome dari aku. Haha! Kalau lagi hensem dari budak rumah aku xpa. Nasib baik aku dah semulajadi handsome.
4. Boleh basuh pinggan sendiri selepas makan.
5. Tiada masalah panjang tangan.
6. Lelaki. Pompuan kene isi borang nikah dulu. Heheh.
7. Lain2 syarat yang aku fikirkan sesuai dari masa ke semasa.
Amacam? Ada bran?

K0m4nd3r

Kebangkitan Makhluk Martian - part III

3488,8701 dan 2414 yang kebetulan berada dalam perimeter kawasan
serangan memulakan langkah awal. Bangunan tempat kami bermesyuarat
bergegar tiba-tiba. Ketiga-tiga ahli kumpulan antaramuka
terpempan tanpa perasaan. Hodohnya rupa mereka menyebabkn komander
sukar untuk mengenal rakan sejawatnya.

Jundak sudah terbaring
kehabisan tenaga. Salah satu dari makhluk itu bergerak perlahan ke
arah Jundak dan mengangakan mulut untuk menyerang.


Dalam keadaan kalut itu, satu bayang hitam tiba-tiba muncul. Menarik Jundak dari perbaringan. Musuh atau kawan? Bantuan telah tiba? Tiada masa untuk berfikir. Satu semburan cairan kuning hanyir hampir mengenai cuping telinga kanan komander. Satu lompatan tangkas pantas di lakukan tanpa berfikir. Dari rekahan dinding komander dapat melihat. 4820 telah bertukar menjadi robot. Iya! Itulah penyelamat yang dimaksudkan!. Ketiga-tiga makhluk itu serentak memuntahkan cairan beracun ke dada 4820. 1152 selaku robot pelindung pantas mengekang kemaraan cairan tersebut. Entah mengapa, besi waja itu cair. Lutut kanan 1152 hancur luruh.

"Robot bodoh! Mana mungkin kau dapat menghalang cairan dari induk! Teknologi kamu terlampau mundur! Leka berpolitik hingga tiada kemajuan dalam hidup!" bebel makhluk yang memakai jubah ungu dengan selipar mashimaro berwarna biru. Komander pantas mengesan kelemahan makhluk itu. Iya, dia kuat membebel!. Dua makhluk lain terus menerus mengopek, merobek dan menodai 1152. 4820 melompat tinggi untuk menyelamatkan jundak. Mujur sahaja bangunan hampir siap itu dekat dengan kawasan kami. 4820 tangkas kembali. Semakin dekat tiba-tiba..

RR's space: Stork @ Sunway updates

RR's space: Stork @ Sunway updates Pic Baby dah sampai!

Bos!

Blog Encik bos xleh dikomen. Jadi, tinggalkan komen disini. Puan PMO dah bersalin? betul ke? hohoho..
PS: kawan2! Stork is coming to Sunway!

Lawati Blog Bos!

Saturday, August 15, 2009

Kebangkitan Makhluk Martian - Part II

Keadaan di markas rahsia H2P agak kelam kabut. Mesej yang baru diterima dari ketua komander mengundang gusar di sanubari komander bertugas. Mereka harus akur dengan arahan komander.


1152 dan 4820 merupakan dua robot retro di markaz H2P. Komander bertugas mengarahkan anak buah menyiapkan kedua-dua robot tersebut. Komander mengarahkan 6291 yang berada di Langgasuka untuk bersedia.

Kebangkitan Makhluk Martian! - Part 1

Suasana pagi yg sejuk. Mengingatkan aku waktu tengahari semasa berada di Syria dulu. Suasana begini memang enak kalau masih terus di perbaringan. Tapi, aku ada misi yang lebih penting lagi. Hari ini ada mesyuarat pukul 10 pagi. Aku bergegas untuk sampai tepat pada masanya.

Aku sampai sebelum ahli Council of The Eldest yg lain sampai. C3P0 dan R2D2 masih setia di tempat masing-masing. Ikan-ikan peliharaan kami masih bernyawa-nyawa ikan. Kecuali kerapu yang mempunyai hayat separuh nyawa ikan.

Mesyuarat bermula. Ketua council mengarahkan kumpulan antaramuka masuk mengadap. khabarnya, kumpulan itu baru pulang dari medan pertapaan di sebuah kampung di pahang. Menteri perhubungan Sang Asia kirana menghubungi mereka dengan kuasa telepati. sungguh tepat dan jitu. sesuai kelayakan dengan tugasan nya seorang Menteri Perhubungan.

Ahli council memulakan mesyuarat tanpa kehadiran kumpulan antaramuka. Perkara pertama yang dibangkitkan oleh The Eldest mengenai tahap kemajuan ilmu ahli council. Kami masing-masing sudah menghampira garis kematangan tahap ketiga hingga lima. The Eldest memilih beberapa orang untuk dihantar menguji tahap kuasa masing-masing bertemu seteru mereka di pulau Langgasuka. Sedang kami berbincang, siapa antara kami yang akan dipilih untuk ujian ini, ahli kumpulan antaramuka datang.

Ahli kumpulan antaramuka mudah dikenalpasti dengan setiap mereka mengenakan topeng muka laksana Ninja Kampung Daun (Konoha dalam bahasa Jepun). The Eldest mengarahkan mereka mengambil tempat masing-masing. Tanpa sebarang bunyi, mereka mengamil tempat.

Suasana sunyi seketika. The Eldest tekun menyusun jadual pertarungan dan kata-kata seterusnya. Tiba-tiba, "Berhenti! saya sudah tak tahan lagi!" jerit seorang ahli kumpulan antaramuka. "Induk sudah memanggil kami!"sambung ahli yang lain seraya membuka topeng.

Di hadapan kami, ketiga-tiga orang ahli kumpulan antaramuka sedang mengalami perubahan. topeng yang dipakai sudah entah di mana. Urat-urat hijau jelas kelihatan di tangan masing-masing. Mukus serta saliva meleleh dari hidung serta mulut mereka. Wajah kelihatan bertambah bengis dengan mata yang kemerah-merahan. aku berundur setapak ke dinding. C3P0 dan R2D2 yang di latih menghadapi kecemasan seperti ini mula bertindakbalas mengepung The Eldest dari sebarang bahaya. Jundak dan Roy membuka kekuda untuk bersedia dengan silat langkah seribu andai berlaku sesuatu.

"Kamu semua harus mati!" jerit xsara selaku ketua kumpulan antaramuka. Dengan gerakan yang pantas, dia mengangakan mulut dan berpaling ke salah seorang ahli council. dia terjatuh lantaran cecair yang keluar itu tepat pada batang hidungnya. Dia pengsan. ahli Council bergegas menyelamatkan the eldest. Kedudukan ku di hujung sudut Bilik gerakan tidak memungkinkan pergerakan menyelamatkan diriku. yang ada di hadapanku cuma sebuah telefon bimbit. Dengan Pantas, kucapai telefon tersebut. Argh! tiada liputan disini lantaran ini kawasan rahsia kami.

Otakkku ligat mencari penyelesaian. Ku taip mesej arahan rahsia untuk pengaktifan modul pelindungan diri. "1152:6291:3488:8701:4820:2414 berindak!" terasa gegaran kecil. Ahli kumpulan antaramuka masih mengganas. Menteri perhubungan telah bersama C3P0, R2D2 dan lain-lain ahli council di bilik pertahanan sementara. Jundak di penjuru kanan sedang bermati-matian mempertahankan diri dengan jurus "Musim luruh di hatiku" yang dikuasai semasa di Jepun dahulu.

Wednesday, August 12, 2009

Sunday, August 9, 2009

Telur!

Assalamualaikum,
Just nk tanye pendapat korang nih,
Kalau didapati:

10 biji
telur gred A: RM 2.79
telur gred B: RM 2.29
telur gred C: RM2.59

manakala:
30 biji
telur gred A: RM 9.79
telur gred B: RM 8.79
telur gred C: RM 7.79
(Estimation, x berape ingat harga utk 30 bijik tadi)

ape pendapat korang? aku yang x reti tgk telur ke camne? nape jadi camni? nape harge telur gred C lagi mahal utk 10 biji banding gred B? nape lagi murah utk 30 biji banding dgn gred B? kompius.. kompius.. Linda, tlg jawap leh? -_-

Tuesday, August 4, 2009

Lari dari opis beramai2!

Kami xde di ofis sekarang ni. Bos2 pn xdapat cari kami. Hahaha, kami bkn xnk buat kerja,kami ada hal,lagi pn,mane elok buat kerja time2 antara asar dgn maghrib. Kami memanfaatkn masa sekarang ni dgn aktiviti berfaedah. Nk tau apa aktiviti tersebut?sila tgk di bwh..













Jundak tgh potong rambut.
Kirul N K0m4nd3r
Pose dari kumpulan Malaikat Maut!